Soalan dan Jawapan Lazim Mengenai Tempahan di Farhanah Catering



Antara soalan lazim dari pelanggan dan bakal pelanggan Farhanah Catering bertanya. Di sini kami sediakan jawapan kepada soalan-soalan berikut :


Berapa ye charge delivery untuk katering?
> Kami hanya mengenakan charge RM 1.50/KM bagi kawasan luar Bangi.

Berapa minimum order?
> Kami bersedia menerima tempahan serendah 50 pax hingga 3000 pax untuk sebarang majlis. Majlis kecil pun kami boleh bantu.

Ada disediakan waiter tak semasa majlis?
> Bergantung kepada tuan rumah. Kami mengenakan charge sebanyak RM70 untuk seorang waiter. Antara tugas waiter adalah setup buffet, menambah lauk, bersihkan meja makan, kutip pinggan kotor dan mengemas.

Dah berapa tahun berpengalaman? 
> Kami sudah berpengalaman hampir empat tahun dalam perkhidmatan katering.

Farhanah Catering syarikat yang berdaftar?
> Farhanah Catering perniagaan yang berdaftar dengan MOF Malaysia.

Untuk program universiti boleh order tak?
> Kami menerima untuk semua event yang pelanggan kami inginkan.

Coverage area Farhanah Catering?
> Kami bersedia berkhidmat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan kawasan yang berdekatan.

Service katering je ke?
> kami menyediakan pelbagai pakej. Termasuk wedding planner, kambing golek, canopy, akikah dan bermacam lagi.

Menu apa lagi yang ada?
> kami menyediakan menu masakan Melayu, Cina dan India. Western pun ada. Jika ada sebarang menu yang anda ingin request, bagitahu kami.

Nasi boleh tukar tak?
> Boleh. Antara pilihan nasi ialah nasi briani, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi butter dan nasi minyak. Kalau nak nasi putih pun boleh. Masakan berlauk pun boleh tukar tau.

Berapa jam tempoh maksimum majlis?
> Maksimum untuk setiap majlis adalah 4-6 jam. Lebih dari itu, tambahan charge per jam.

Boleh saya tahu terma dan syarat?
> Untuk majlis kecil, kami menerima 40% deposit dan selebihnya selepas hari majlis. Untuk majlis besar seperti perkahwinan, 10% deposit diperlukan segera dan selebihnya 30% & 40% deposit sebulan sebelum majlis. Baki 20% boleh diselesaikan selepas majlis.

Pinggan dan gelas disediakan tak?
> Pinggan & gelas termasuk dalam pakej. Kami sudah sediakan.

Farhanah Catering ada buat Food tasting tak?
> Kami ada menyediakan Food tasting. Untuk info lebih lanjut, hubungi kami.

Saya risau makanan tak cukuplah.
> Makanan yang kami sediakan pasti cukup. Portion makanan ialah lelaki dewasa. Portion yang diberikan dijamin cukup. Siap boleh bawa balk.

Bila last saya boleh buat perubahan kuantiti menu?
> Sebarang perubahan adalah seminggu sebelum event. Ini bagi memudahkan proses order dan penyediaan bahan.

Kalau tiba2 tetamu melebihi jumlah order mcm mana? 
>Don't worry, Kami ada backup plan. Boleh buat penambahan last minit. Kami akan pastikan tetamu terakhir yg hadir ke majlis korang dapat makanan.

Bagaimana dengan pengurusan katering?
>sistem pengurusan yang kami amalkan adalah antara yg terbaik di Malaysia (sebab big boss berguru dengan GURU PENGURUSAN BISNES NOM 1 DI MALAYSIA). Setiap pembayaran, kami akan keluarkan resit. Setiap permintaan customer, kami akan catatkan di dalam invoice. Nak tray bulat? Petak? Bujur? Nak warna pink, ungu, semua kami akan catat. Inshaallah segala permintaan anda, takda satu pun tertinggal. 

- Kitchen kami ada SOP & ada Work Instruction. Apa yg anda makan waktu food tasting, begitulah rasanya yg sebenar. Rasa makanan tak kan lari sbb kami mempunyai resepi & SOP. Tapi kalau anda nak ikut citarasa anda, kami akan turutkan. Nak kurang manis, nak kurang pedas? Nak cair? Nak pekat? Inshaallah kami follow permintaan pelanggan kami🤩

- Paling penting, chef-chef kami semua warganegara, islam, berpengalaman, mempunyai pelbagai sijil dalam bidang kulinari dan sangat mementingkan kebersihan.

 Sistem penghantaran kami antara yg terbaik di Bangi & Kajang. Kami punctual & team2 kami semuanya cekap dan profesional. Kebersihan kami jaga, meja kerusi kami akan pastikan sentiasa bersih utk keselesaan tetamu. Takut pinggan tak cukup? Jangan risau, kami akan sediakan pinggan extra utk anda TANPA BAYARAN TAMBAHAN. 

Kalau saya nak guna dome, berapa ye charge?
> Untuk penggunaan dome, kami akan charge RM50 untuk 2-5 set dome. 6 set dome ke atas kami charge RM60 setiap satu.

Boleh saya request air apa yg saya nak?
> Boleh. Antara jenis air kordial yang kami sediakan ialah sirap, sirap laici, anggur, oren, strawberi, sarsi dan laici.

Boleh saya tahu syarat & cara pembayaran?
> Kami hanya terima pembayaran melalui online transfer sahaja. Bayaran secara cash sama sekali tidak digalakkan. 












Comments